Sunday, February 1, 2009

Anugerah PeKOMIK 2009

Buat julung- julung kalinya, demi memartabatkan persada seni komik tanah air, PeKOMIK (Persatuan Penggiat Komik Malaysia) telah menganjurkan satu anugerah prestij dalam meletakan seni Komik sebagai satu industri profesionalisme pada 25 April 2009 bertempat di Dewan Kedah Johor, PWTC.

Semua individu dan penerbit boleh menghantar penyertaan dan percalonan bagi setiap kategori yang di pertandingkan ( karya yang diterbitkan dari Januari - Disember 2008, sekurang-kurangnya di terbitkan dalam jangka masa 3 bulan sekiranya bersiri) ke :
anugerahpekomik@gmail.com
atau hubungi Saudara Jonos di talian 012-9178770

Penyertaan adalah percuma!Setiap penyertaan dikehendaki menghantar satu salinan komik hardcopy dan soft copy.Tarikh tutup penyertaan 30 Mac 2009

Kategori- kategori yang di pertandingkan adalah:


1- Majalah Komik Terbaik (Best Comic Magazine). sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.

2- Kartun Satu Muka Terbaik (Best Loose Cartoon). sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan

3- SiriMini Komik Terbaik (Best Comic Mini Series). sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan

4- Siri Komik Kartun Terbaik (Best Cartoon Series). sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan

5- Komik SuratKhabar Terbaik (Best Comic In News Paper). sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.

6- Anugerah Berus Emas PeKOMIK ( PeKOMIK golden brush Award)

7 - Komik Online Terbaik (Best Online Comic). sila sertakan tajuk komik dan tarikh keluaran berkenaan

8- Pelajar harapan dalam Seni Komik (Most Promising Student In Comic Illustration) : Pelajar di peringkat IPT/Sekolah di kehendaki menghantar minima 3 muka surat ilustrasi komik atau ilustrasi kulit(cover) watak tempatan/watak rekaan sendiri.

9- Komik Amatur/Terbitan Sendiri Terbaik (Best Amateur/ Self -Publish Comic). sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan

10- Watak Terbaik (Best Character): sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.

11- Penerbit Terbaik (Best Publisher)

12- Kartunis Terbaik (Best Cartoonist). sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan

13- Penulis Terbaik (Best Writer): sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.

14- Lakaran Pensil/Ink Terbaik, Berkumpulan atau Solo (Best Penciler/Inker team ): sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan

15- Lukisan Kulit Muka Terbaik (Best Cover). sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan

16- Ilustrator manual/digital Terbaik (Best Painted Artist). sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan

17- Warnaan Terbaik (Best Colourist). sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan

18- Kemasan Ink Terbaik (Best Inker). sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan

19- PeKOMIK (Pelukis Komik)Terbaik (Best Comic Artist): warna atau hitam putih. sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.

20- Komik Terbaik (Best Comic). sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.

21- Komik Baru Terbaik (Best New Comic). sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan

22- Komik Pilihan Pembaca (Fan Favorite Comic). Melalui undian. sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.

Pemenang akan menerima trofi dan sijil pengiktirafan daripada PeKOMIK. Juga akan menerima koleksi khas buku Anugerah PeKOMIK 2009.

Juri-Juri akan di beritahu kelak.