Wednesday, April 29, 2009





Mengucapkan jutaan terima kasih




Atas kerjasama dan tajaan yang diberikan bagi menjayakan

Anugerah Pekomik 2009


Tuesday, April 28, 2009

Keputusan Anugerah PeKOMIK 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Pekomikon dan Anugerah Pekomik 2009 baru sahaja selesai dijalankan sepanjang hari Sabtu, 25 April 2009 ini seawal jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 8.30 malam tadi di Dewan Kedah/Johor, PWTC.

Sesi demonstrasi dan talk daripada artis-artis komik dan penerbit-penerbit komik berjalan dengan lancar. Begitu juga dengan acara kemuncak pada hari ini iaitu Anugerah Pekomik.

Sambutan yang diterima amat memberangsangkan. Dewan Kedah/Johor pada hari ini penuh sesak dengan kehadiran penggiat dan peminat komik seluruh negara. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran insan-insan penting industri komik tanah air iaitu Dato’ Mohd Nor Khalid (Lat), Prof Muliyadi Mahmood, Jaafar Taib dan Hasnol Hadi selaku wakil MDEC.

Artis-artis jemputan yang membuat persembahan menambahkan lagi keceriaan dan kemeriahan majlis ini. Kumpulan muzik indie Nuras mempersembahkan empat buah lagu. Manakala selebriti Raja Lawak Astro Syem pula membuat persembahan komedi dengan gayanya yang unik dan kreatif. Tidak ketinggalan selebriti Imuda turut menyampaikan nyanyian sketsa yang sarat dengan mesej-mesej murni sebagai persembahan penutup.

Penilain oleh para Juri: Dato' Mohd Nor Khalid (Lat), Prof Muliyadi, Jaafar Taib dan Hafidz Mahpar berdasarkan kriteria setiap kategori dan berlandaskan 'local content' komik beridentiti malaysia yang layak untuk mewakili Malaysia dalam mempertengahkan Komik bercorakkan Malaysia ke persada antarabangsa.

Majlis yang diacarakan oleh hos sensasi iaitu Vovin dan Wanzu, menyaksikan 15 anugerah disampaikan kepada para penggiat dan penerbit komik. Berikut adalah senarai pemenang bagi setiap kategori.

1 - Kartun Satu Muka Terbaik (Best Loose Cartoon) - Atuk - Ujang

2. Siri Komik Kartun Terbaik (Best Comic Series) - Juganah/Asalan - Kromosom/Dna

3. Komik SuratKhabar Terbaik (Best Comic in News Paper) - Seladang Tunggal - Zoy

4. Penerbit Terbaik (Best Publisher) - Gempak Starz

5. Lukisan Kulit Muka Terbaik (Best Cover) - Liga Pendekar - Aadi Salman

6. Ilustrator manual/digital Terbaik (Best Painted Artist) - Puppeter

7. Warnaan Terbaik (Best Colourist) - Siew

8. Kemasan Ink Terbaik (Best Inker) - Baba Chuah

9. Majalah Komik Terbaik (Best Comic Magazine) - Popcorn

10. Penulis Terbaik (Best Writer) - Liga Pendekar - Azhar Abdullah

11. Siri Mini Komik Terbaik (Best Comic Mini Series) - Orang Minyak, Gempak - Nizam Bachok

12. Komik Baru Terbaik (Best New Comic) - Liga Pendekar - Azhar Abdullah

13. PeKOMIK (Pelukis Komik)Terbaik (Best Comic Artist) - Azhar Abdullah

14. Anugerah Berus Emas PeKOMIK (Special PeKOMIK Award) - Nora Abdullah

15. Komik Terbaik (Best Comic) - Liga Pendekar - Azhar Abdullah

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Semoga anugerah yang diberikan menjadi pemangkin dan pembakar semangat bagi para artis menghasilkan lebih banyak karya komik yang berkualiti serta bermutu. Diharapkan industri komik tanah air akan semakin rancak dan meriah selepas ini.

Saturday, April 25, 2009

Montaj Anugerah Pekomik 2009?


Ketika video montaj ini di-upload ke web ini, upacara Anugerah Pekomik 2009 sedangpun berlangsung. Selepas entri ini, semua rakyat Malaysia akan tahu siapakah penggiat komik terbaik tahun 2009! 

Thursday, April 23, 2009

Edisi Terhad!


Sempena mini konvensyen dan Anugerah Pekomik anjuran Persatuan Penggiat Komik Malaysia(Pekomik) bagi tahun 2009, Pekomik telah mengeluarkan produk eksklusif edisi terhad.

Sebanyak 40 biji Tetris Glass 'Anugerah Pekomik 2009' bersaiz 2.3 inci x 2.0 inci akan dijual.

Produk ini tidak diulang cetak kerana ia dibuat hanya sempena Anugerah Pekomik 2009.

Bagi yang berminat, boleh membelinya di Dewan Kedah/Johor dengan harga RM8.00 setiap satu sepanjang acara berlangsung.

Dapatkannya sebagai koleksi eksklusif peribadi anda!

Wednesday, April 22, 2009

2 days to PeKOMIKON 2009


Jangan lupa berada di PWTC, dewan Kedah johor, Sabtu 25 April ini..sempena PeKOMIKON
Konvensyen Komik ke 2 Anjuran PeKOMIK bermula jam
10pagi dengan demo bersama Kromosom, Zamzami, Zedd dan para panel seperti :
Zid, Komik-M, Zoy, Gayour, GempakStarz, Sonny Liew, Ujang dan ramai lagi!
keterangan lanjut sila ke:
PeKOMIK Blog

Sunday, April 19, 2009

Juri sahkan Majalah komik terbaik dan Penerbit terbaik berdasarkan undian

Sabtu, 18 April,2009.
Mdec Incubation Centre, Plaza Sentral.

Para Panel Juri sudah pun duduk berbincang bagi menganalisa dan menilai semua percalonan, mereka sebulat suara membuat keputusan supaya bagi kategori majalah Komik terbaik dan penerbit terbaik berdasarkan keputusan pengundi.

maka bermula pada hari ini.. undian terbuka bagi 2 kategori tersebut.

harap maklum.

Thursday, April 16, 2009

Sample Trofi Anugerah PeKOMIK 2009


bagi tahun pertama, para pemenang bagi setiap kategori akan menerima trofi, sijil penghargaan dan goody bag. Kami akan cuba memantapkan lagi hadiah bagi pemenang Anugerah PeKOMIK pada masa akan datang.

setakat ni ni sample Anugerah PeKOMIk yang kami terima.. semuanya akan di upgrade untuk Trofi sebenar.

Wednesday, April 15, 2009

Panel Juri Anugerah PeKOMIK 2009

Dato’ Mohd Nor Khalid (Lat)

Nama yang tidak asing bagi dunia komik kartun tempatan mahupun antarabangsa. Dikenali di seluruh dunia melalui karyanya “Kampong Boy’ dan ‘Town Boy’ yang telah di alihbahasa dalam pelbagai bahasa termasuk Jerman, Perancis dan juga Jepun. Memenangi Anugerah Fukuoka Asia Culture Prize ( Arts and Culture Prize ) pada tahun 2002. Dato’ juga adalah penaung bagi Persatuan Penggiat Komik Malaysia. Karya karya Dato’mencerminkan budaya tempatan dan juga mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri membuatkan dirinya seorang yang prolifik dalam bidang komik kartun tempatan.



Profesor Dr. Muliyadi Mahamood

Merupakan pensyarah Sejarah dan Kritikan Seni di Jabatan Pengajian Liberal, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA, Malaysia. Beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pengajian Kartun (Ph.D in Cartoon Studies) dari University of Kent, Canterbury, England (1997) dan Ijazah Sarjana Sejarah Seni (MA in History of Art) dari Ohio University, Athens, USA. Antara buku-buku tulisan beliau ialah Mendekati Seni Lukis dan Seni Reka (KL: DBP, 1993); Seni Lukis dalam Peristiwa (KL: DBP, 1995); Pengantar Seni Lukis Kartun (KL: Univision, 1999); Kartun dan Kartunis (KL: Univision, 1999); Seni Lukis Moden Malaysia: Era Perintis hingga Era Pluralis (KL: Utusan Publications and Distributors, 2001); “The History of Malaysian Animated Cartoons” dalam John A. Lent, Animation in Asia and the Pacific (London: John Libbey, 2001); The History of Malay Editorial Cartoons (1930s-1993) (KL: Utusan Publications and Distributors, 2004); Modern Malaysia Art: From the Pioneering Era to the Pluralist Era (KL: Utusan Publications and Distributors, 2007) dan Seni Lukis Sezaman (KL: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007). Beliau merupakan kolumnis Dunia Kartun dalam majalah Gila-Gila dan kerap menulis untuk Dewan Budaya. Di samping menjadi ahli sidang editorial antarabangsa International Journal of Comic Art yang berpusat di Temple University, Amerika Syarikat, beliau turut menjadi pakar rujuk dan panel penasihat bagi beberapa institusi pendidikan, badan kerajaan dan korporat, khususnya mengenai hal kebudayaan, kesenian, dan pendidikan seni visual. Beliau merupakan Presiden Penaja PEKARTUN (Persatuan Kartunis Malaysia) yang ditubuhkan pada tahun 1990.



Jaafar Taib

Antara nama yang tidak asing lagi dalam industri komik kartun dan seni catan Malaysia. Seorang Penasihat PeKOMIK, Pengalamannya begitu luas dalam bidang ilustrasi, penerbitan, seni catan dan komik kartun terutamanya dalam penerbitan majalah Komik Gila-Gila pada 1977 yang diterajui syarikatnya Creative Enterprise sdn bhd sehingga kini. Selain menerajui syarikatnya sebagai pengarah Urusan beliau aktif dalam seni catan melalui koleksi lukisan ’Birds of Malaysia’. Hasil-hasil kerja Jaafar Taib juga pernah dipilih menjadi hiasan muka depan kalendar yang diterbitkan oleh berbagai syarikat korporat, antaranya Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON), ESSO, TOSHIBA, dan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Disamping itu, karya-karya beliau juga pernah diterbitkan oleh berbagai syarikat penerbitan tempatan dan juga luar negara.



Hafidz Mahpar

Seorang associate editor( bisnes) bagi salah sebuah akhbar bahasa Inggeris terbesar Malaysia, The Star. Pernah melukis komik strip untuk majalah Kuntum selama 4 tahun dan berpengtahuan luas mengenai penulisan dalam bidang pengiklanan dan pemasaran. Memenangi anugerah ”Chairman’s Award” oleh Persatuan Pengiklanan Malaysia, bendahari PeKOMIK dan juga peneraju ahli jawatankuasa Anugerah PeKOMIK 2009. Beliau juga seorang peneraju dan ’moderator’ bagi IACASCW, sebuah forum online mengenai komik dan kartun tempatan dan antarabangsa. Beliau juga seorang peminat tegar komik yang mengumpul segala jenis komik dari dalam dan luar negara.

Tuesday, April 14, 2009

Kategori Komik Terbaik 2009

Harap maklum.

bagi Kategori Komik Terbaik 2009. Pemenang di nilai melalui 2 cara.
1. 50% melalui undian
2. 50 % melalui keputusan Juri.

Juri-juri adalah berikut:
- Dato' Mohd Nor Khalid
- Prof Madya Dr Muliyadi Mahmood
- Jaafar Taib
- Hafidz Mahpar

Penilaian buat semua kategori berdasarkan ciri-ciri kategori tersebut dan ciri unik dan nilai tersendiri yang boleh mewakili Malaysia ke pentas antarabangsa.

Info mengenai juri akan di siarkan pada 'post' akan datang

Monday, April 13, 2009

Anugerah Pekomik 2009 Di Sinar Harian

Sumber : Sinar Harian, Selasa, 14 April 2009

Anugerah Pekomik 2009



>>>
Anugerah Pekomik Konvensyen 2009 , sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC


PeKOMIKON 2009 25 April, Sabtu
Dewan Kedah Johor, tingkat bawah PWTC.
datanglah beramai-ramai memeriahkan lagi majlis tahunan komik Malaysia nih.

Sunday, April 12, 2009

Finalis Anugerah PeKOMIK 2009

INI dia pengumuman yg di nanti-nantikan Finalis pada Anugerah PeKOMIK 2009 pada 25 April,Sabtu 2009 di Dewan Kedah Johor, PWTC. jangan lupa juga bersama panel -panel menarik semasa PeKOMIKON di dewan yg sama bermula jam 10 pagi.

sila lihat di sini: PeKOMIKON09

Finalis Anugerah PeKOMIK 2009 adalah:

1 - Kartun Satu Muka Terbaik (Best Loose Cartoon)

a) Naga Berapi - Gayour
b) Atuk - Ujang
c) Gelak Golek Golek - Bendi
d) Lawak Antara Benua - Lambok
e) Lawak Kampus - Keith
f) Fairy Good Brothers - Xanseivera

2. Siri Komik Kartun Terbaik (Best Comic Series).

a) Kereta Tanpa Penanda - Bawang
b) Lelaki Belalang - Padi
c) Apa Yang Aku Cari - Gayour
d) Juganah/Asalan - Kromosom/Dna
e) Obesia - Fairul Nizam/Popia
f) Orzsome - Bram

3. Komik SuratKhabar Terbaik (Best Comic in News Paper).

a) Pusaka Angkasa - MF Ajif
b) Salmah - Shah
c) Seladang Tunggal - Zoy
d) Kici- kici - Ensalim
e) ALAM - Zuraizee
f) Pi mai tang tu - Imuda

4. Anugerah Berus Emas PeKOMIK (Special PeKOMIK Award)

- Nora Abdullah

5. Penerbit Terbaik (Best Publisher)

a) Gempak Starz
b) MOY
c) PTS
d) Noradz
e) Karangkraf
f) Creative Enterprise

6. Lukisan Kulit Muka Terbaik (Best Cover).


a) Liga Pendekar - Aadi Salman
b) Komikoo #02 - Popia
c) Popcorn #01 - Tan Eng Huat
d) Bumper raya G3 08 - Padi
e) Kijiya - Zint
f) Monggo - Slaium

7. Ilustrator manual/digital Terbaik (Best Painted Artist).


a) Kromosom
b) Puppeter
c) Popia
d) Padi
e) Rambai
f) Adijin

8. Warnaan Terbaik (Best Colourist).

a) Bendi
b) Padi
c) Papan
d) Firdaus Radzi
e) Sub
f) Siew

9. Kemasan Ink Terbaik (Best Inker).[/b]

a) Jambang
b) Aadi Salman
c) Baba Chuah
d) Gayour
e) Xanseivera
f) Keith

10. Majalah Komik Terbaik (Best Comic Magazine).

a) Gempak
b) Popcorn
c) Komikoo
d) G3
e) Apo?
f) Gila Gila

11. Penulis Terbaik (Best Writer):

a) Liga Pendekar - Azhar Abdullah
b) TwinX - Pac
c) Obesia - Fairul Nizam
d) Siapa - Aadi Salman
e) Kijiya - Zint
f) Apa yang aku cari - Gayour

12. SiriMini Komik Terbaik (Best Comic Mini Series).


a) Orang Minyak, Gempak - Niezam Bachok
b) Sesat Di KL, Gila-Gila - Aza
c) Kipas Susah Mati Manga, Gila Gila - Ramzahurin
d) Supermarket, G3 - Niezamuddin
e) Akademi Armageddon, Utopia - Slaium
f) Siapa, Komikoo - Aadi Salman

13. Komik Baru Terbaik (Best New Comic).

a) Liga Pendekar - Azhar Abdullah
b) TwinX - Pac
c) Oka - Totoro /Ahliow
d) Cicakman - Kru Prooduction
e) Barongan - DBP
f) Kijiya - Zint

14. PeKOMIK (Pelukis Komik)Terbaik (Best Comic Artist) ): warna atau hitam putih:

a) Azhar
b) Pac
c) Lambok
d) Padi
e) Gayour
f) Ramzahurin
g) Popia
h) Kaoru
i) Adijin
j) Zint

15. Komik Terbaik (Best Comic).

a) Liga Pendekar - Azhar Abdullah
b) TwinX - Pac
c) Oka - Totoro/Ahliow
d) Kijiya - Zint
e) Helios Eclipse - Kaoru
f) Cicak man - KRU

Thursday, April 2, 2009

15 Kategori bagi Anugerah PeKOMIK 2009

Memandangkan terdapat beberapa masalah yang tidak dapat di elakan dan melalui perbincangan bagi melancarkan Anugerah sulung bagi persada Komik Malaysia hanya 15 kategori di pertandingan pada Anugerah sulung ini:

1- Majalah Komik Terbaik (Best Comic Magazine). sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.

2- Kartun Satu Muka Terbaik (Best Loose Cartoon). sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.

3- SiriMini Komik Terbaik (Best Comic Mini Series). sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.

4- Siri Komik Kartun Terbaik (Best Cartoon Series). sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.

5- Komik SuratKhabar Terbaik (Best Comic in News Paper). sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.

6- Anugerah Berus Emas PeKOMIK (Special PeKOMIK Award)

7- Penerbit Terbaik (Best Publisher)

8- Penulis Terbaik (Best Writer): sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.

9- Lukisan Kulit Muka Terbaik (Best Cover). sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.

10- Ilustrator manual/digital Terbaik (Best Painted Artist). sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.

11- Warnaan Terbaik (Best Colourist). sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.

12- Kemasan Ink Terbaik (Best Inker). sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.

13- PeKOMIK (Pelukis Komik)Terbaik (Best Comic Artist): warna atau hitam putih. sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.

14- Komik Terbaik (Best Comic). sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.

15- Komik Baru Terbaik (Best New Comic). sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.