Wednesday, April 15, 2009

Panel Juri Anugerah PeKOMIK 2009

Dato’ Mohd Nor Khalid (Lat)

Nama yang tidak asing bagi dunia komik kartun tempatan mahupun antarabangsa. Dikenali di seluruh dunia melalui karyanya “Kampong Boy’ dan ‘Town Boy’ yang telah di alihbahasa dalam pelbagai bahasa termasuk Jerman, Perancis dan juga Jepun. Memenangi Anugerah Fukuoka Asia Culture Prize ( Arts and Culture Prize ) pada tahun 2002. Dato’ juga adalah penaung bagi Persatuan Penggiat Komik Malaysia. Karya karya Dato’mencerminkan budaya tempatan dan juga mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri membuatkan dirinya seorang yang prolifik dalam bidang komik kartun tempatan.



Profesor Dr. Muliyadi Mahamood

Merupakan pensyarah Sejarah dan Kritikan Seni di Jabatan Pengajian Liberal, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA, Malaysia. Beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pengajian Kartun (Ph.D in Cartoon Studies) dari University of Kent, Canterbury, England (1997) dan Ijazah Sarjana Sejarah Seni (MA in History of Art) dari Ohio University, Athens, USA. Antara buku-buku tulisan beliau ialah Mendekati Seni Lukis dan Seni Reka (KL: DBP, 1993); Seni Lukis dalam Peristiwa (KL: DBP, 1995); Pengantar Seni Lukis Kartun (KL: Univision, 1999); Kartun dan Kartunis (KL: Univision, 1999); Seni Lukis Moden Malaysia: Era Perintis hingga Era Pluralis (KL: Utusan Publications and Distributors, 2001); “The History of Malaysian Animated Cartoons” dalam John A. Lent, Animation in Asia and the Pacific (London: John Libbey, 2001); The History of Malay Editorial Cartoons (1930s-1993) (KL: Utusan Publications and Distributors, 2004); Modern Malaysia Art: From the Pioneering Era to the Pluralist Era (KL: Utusan Publications and Distributors, 2007) dan Seni Lukis Sezaman (KL: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007). Beliau merupakan kolumnis Dunia Kartun dalam majalah Gila-Gila dan kerap menulis untuk Dewan Budaya. Di samping menjadi ahli sidang editorial antarabangsa International Journal of Comic Art yang berpusat di Temple University, Amerika Syarikat, beliau turut menjadi pakar rujuk dan panel penasihat bagi beberapa institusi pendidikan, badan kerajaan dan korporat, khususnya mengenai hal kebudayaan, kesenian, dan pendidikan seni visual. Beliau merupakan Presiden Penaja PEKARTUN (Persatuan Kartunis Malaysia) yang ditubuhkan pada tahun 1990.



Jaafar Taib

Antara nama yang tidak asing lagi dalam industri komik kartun dan seni catan Malaysia. Seorang Penasihat PeKOMIK, Pengalamannya begitu luas dalam bidang ilustrasi, penerbitan, seni catan dan komik kartun terutamanya dalam penerbitan majalah Komik Gila-Gila pada 1977 yang diterajui syarikatnya Creative Enterprise sdn bhd sehingga kini. Selain menerajui syarikatnya sebagai pengarah Urusan beliau aktif dalam seni catan melalui koleksi lukisan ’Birds of Malaysia’. Hasil-hasil kerja Jaafar Taib juga pernah dipilih menjadi hiasan muka depan kalendar yang diterbitkan oleh berbagai syarikat korporat, antaranya Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON), ESSO, TOSHIBA, dan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Disamping itu, karya-karya beliau juga pernah diterbitkan oleh berbagai syarikat penerbitan tempatan dan juga luar negara.



Hafidz Mahpar

Seorang associate editor( bisnes) bagi salah sebuah akhbar bahasa Inggeris terbesar Malaysia, The Star. Pernah melukis komik strip untuk majalah Kuntum selama 4 tahun dan berpengtahuan luas mengenai penulisan dalam bidang pengiklanan dan pemasaran. Memenangi anugerah ”Chairman’s Award” oleh Persatuan Pengiklanan Malaysia, bendahari PeKOMIK dan juga peneraju ahli jawatankuasa Anugerah PeKOMIK 2009. Beliau juga seorang peneraju dan ’moderator’ bagi IACASCW, sebuah forum online mengenai komik dan kartun tempatan dan antarabangsa. Beliau juga seorang peminat tegar komik yang mengumpul segala jenis komik dari dalam dan luar negara.

No comments:

Post a Comment