Wednesday, April 29, 2009





Mengucapkan jutaan terima kasih




Atas kerjasama dan tajaan yang diberikan bagi menjayakan

Anugerah Pekomik 2009


Tuesday, April 28, 2009

Keputusan Anugerah PeKOMIK 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Pekomikon dan Anugerah Pekomik 2009 baru sahaja selesai dijalankan sepanjang hari Sabtu, 25 April 2009 ini seawal jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 8.30 malam tadi di Dewan Kedah/Johor, PWTC.

Sesi demonstrasi dan talk daripada artis-artis komik dan penerbit-penerbit komik berjalan dengan lancar. Begitu juga dengan acara kemuncak pada hari ini iaitu Anugerah Pekomik.

Sambutan yang diterima amat memberangsangkan. Dewan Kedah/Johor pada hari ini penuh sesak dengan kehadiran penggiat dan peminat komik seluruh negara. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran insan-insan penting industri komik tanah air iaitu Dato’ Mohd Nor Khalid (Lat), Prof Muliyadi Mahmood, Jaafar Taib dan Hasnol Hadi selaku wakil MDEC.

Artis-artis jemputan yang membuat persembahan menambahkan lagi keceriaan dan kemeriahan majlis ini. Kumpulan muzik indie Nuras mempersembahkan empat buah lagu. Manakala selebriti Raja Lawak Astro Syem pula membuat persembahan komedi dengan gayanya yang unik dan kreatif. Tidak ketinggalan selebriti Imuda turut menyampaikan nyanyian sketsa yang sarat dengan mesej-mesej murni sebagai persembahan penutup.

Penilain oleh para Juri: Dato' Mohd Nor Khalid (Lat), Prof Muliyadi, Jaafar Taib dan Hafidz Mahpar berdasarkan kriteria setiap kategori dan berlandaskan 'local content' komik beridentiti malaysia yang layak untuk mewakili Malaysia dalam mempertengahkan Komik bercorakkan Malaysia ke persada antarabangsa.

Majlis yang diacarakan oleh hos sensasi iaitu Vovin dan Wanzu, menyaksikan 15 anugerah disampaikan kepada para penggiat dan penerbit komik. Berikut adalah senarai pemenang bagi setiap kategori.

1 - Kartun Satu Muka Terbaik (Best Loose Cartoon) - Atuk - Ujang

2. Siri Komik Kartun Terbaik (Best Comic Series) - Juganah/Asalan - Kromosom/Dna

3. Komik SuratKhabar Terbaik (Best Comic in News Paper) - Seladang Tunggal - Zoy

4. Penerbit Terbaik (Best Publisher) - Gempak Starz

5. Lukisan Kulit Muka Terbaik (Best Cover) - Liga Pendekar - Aadi Salman

6. Ilustrator manual/digital Terbaik (Best Painted Artist) - Puppeter

7. Warnaan Terbaik (Best Colourist) - Siew

8. Kemasan Ink Terbaik (Best Inker) - Baba Chuah

9. Majalah Komik Terbaik (Best Comic Magazine) - Popcorn

10. Penulis Terbaik (Best Writer) - Liga Pendekar - Azhar Abdullah

11. Siri Mini Komik Terbaik (Best Comic Mini Series) - Orang Minyak, Gempak - Nizam Bachok

12. Komik Baru Terbaik (Best New Comic) - Liga Pendekar - Azhar Abdullah

13. PeKOMIK (Pelukis Komik)Terbaik (Best Comic Artist) - Azhar Abdullah

14. Anugerah Berus Emas PeKOMIK (Special PeKOMIK Award) - Nora Abdullah

15. Komik Terbaik (Best Comic) - Liga Pendekar - Azhar Abdullah

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Semoga anugerah yang diberikan menjadi pemangkin dan pembakar semangat bagi para artis menghasilkan lebih banyak karya komik yang berkualiti serta bermutu. Diharapkan industri komik tanah air akan semakin rancak dan meriah selepas ini.

Saturday, April 25, 2009

Montaj Anugerah Pekomik 2009?


Ketika video montaj ini di-upload ke web ini, upacara Anugerah Pekomik 2009 sedangpun berlangsung. Selepas entri ini, semua rakyat Malaysia akan tahu siapakah penggiat komik terbaik tahun 2009! 

Thursday, April 23, 2009

Edisi Terhad!


Sempena mini konvensyen dan Anugerah Pekomik anjuran Persatuan Penggiat Komik Malaysia(Pekomik) bagi tahun 2009, Pekomik telah mengeluarkan produk eksklusif edisi terhad.

Sebanyak 40 biji Tetris Glass 'Anugerah Pekomik 2009' bersaiz 2.3 inci x 2.0 inci akan dijual.

Produk ini tidak diulang cetak kerana ia dibuat hanya sempena Anugerah Pekomik 2009.

Bagi yang berminat, boleh membelinya di Dewan Kedah/Johor dengan harga RM8.00 setiap satu sepanjang acara berlangsung.

Dapatkannya sebagai koleksi eksklusif peribadi anda!

Wednesday, April 22, 2009

2 days to PeKOMIKON 2009


Jangan lupa berada di PWTC, dewan Kedah johor, Sabtu 25 April ini..sempena PeKOMIKON
Konvensyen Komik ke 2 Anjuran PeKOMIK bermula jam
10pagi dengan demo bersama Kromosom, Zamzami, Zedd dan para panel seperti :
Zid, Komik-M, Zoy, Gayour, GempakStarz, Sonny Liew, Ujang dan ramai lagi!
keterangan lanjut sila ke:
PeKOMIK Blog

Sunday, April 19, 2009

Juri sahkan Majalah komik terbaik dan Penerbit terbaik berdasarkan undian

Sabtu, 18 April,2009.
Mdec Incubation Centre, Plaza Sentral.

Para Panel Juri sudah pun duduk berbincang bagi menganalisa dan menilai semua percalonan, mereka sebulat suara membuat keputusan supaya bagi kategori majalah Komik terbaik dan penerbit terbaik berdasarkan keputusan pengundi.

maka bermula pada hari ini.. undian terbuka bagi 2 kategori tersebut.

harap maklum.

Thursday, April 16, 2009

Sample Trofi Anugerah PeKOMIK 2009


bagi tahun pertama, para pemenang bagi setiap kategori akan menerima trofi, sijil penghargaan dan goody bag. Kami akan cuba memantapkan lagi hadiah bagi pemenang Anugerah PeKOMIK pada masa akan datang.

setakat ni ni sample Anugerah PeKOMIk yang kami terima.. semuanya akan di upgrade untuk Trofi sebenar.