Tuesday, May 22, 2012

Senarai Pemenang Anugerah PeKOMIK 2012

Pada 20 Mei, 2012. Kemuncak Anugerah PeKOMIK 2012 di laksanakan dengan jayanya. Sempena Malaysia Games Comic Convention yang pertama dengan kerjasama Banshee Creative, igda dan PeKOMIK, majlis ini memeriahkan lagi persada komik Malaysia juga antarabangsa.

Para Juri yang di hormati yakni Kaleon Rahan ( Penulis/Wartawan Komik The Star), Prof. Dr Muliyadi Mahmood ( Pakar Akademik pengajian seni, liberal dan kartun) dan Fythullah Hamzah aka Kromosom ( Pelukis digital dan pengasas Kromosom Lab) telah di beri masa 3 minggu untuk membuat pemarkahan di mana setiap komik di baca, mencari komik terbaik tempatan dari segi persembahan, jalan cerita, keunikan, keaslian dan nilai komik tersendiri yang terbaik dari yang terbaik.

Maka permarkahan dan keputusan tercapai, dan para pemenang, karya komik terbaik yang di terbit sekitar 2011 adalah:

Pemenang Anugerah PeKOMIK 2012

1.       Kartun Satu Muka Terbaik (Best One Page Cartoon)
-          Lawak Antara Benua oleh Joe Labu  (Apo? #297, m/s 59)

2.       Siri Komik Kartun Terbaik (Best Cartoon Comic Series)
-          Major Zombie: The Blood Trail (Lefty, Faezal)

3.       Siri Mini Komik Terbaik (Best Comic Mini Series)
-          “Boleh Saya Tumpangkan?” oleh Lambok (Apo? #297)

4.       Majalah Komik Terbaik (Best Comic Magazine)
-          Apo?

5.       Komik Strip Suratkhabar Terbaik (Best Comic Strip in Newspaper)
-          “Iblis Tujuh Nyawa”, Berita Minggu (Zoy)

6.       Anugerah Berus Emas PeKOMIK 2012 (Special Honor Award)
-          Rizalman

7.       Penerbit Terbaik (Best Publisher)
-          PTS Media Group Sdn. Bhd., Komik-M

8.       Komik Terbit Sendiri dan Independen Terbaik (Self-published/Zine/Doujin)
-          Major Zombie: The Blood Trail (Lefty, Faezal)

9.       Pewarna Terbaik (Best Colourist)
-          Andika: NeoSantara Saga (Sangkakaler, Nanzo)

   Pelukis Komik Antarabangsa/Pelukis Komik Online (International Comic Artist/Online Comic Artist)
-          War of the Worlds – Goliath: St. Petersburg, Heavy Metal Summer 2011 (Puppeteer)

.   Ilustrator Manual/Digital Terbaik (Best Ilustrator, Manual/Digital)
-          Sorrow Sympathy, Apo? #302 (Oren)

-   Lukisan Kulit Muka Terbaik (Besat Cover)
-          Aku, Kau & Sekolah (Zul Fadhli Kamarrudin & Dzulfeqar Nasir)

-   Penulis Terbaik (Best Writer)
-          “44 Cinta”, Aku, Kau & Cinta antologi (Tembakau)

-  Komik Baru Terbaik (Best New Comic)
-          Andika: NeoSantara Saga (Nanzo)

-.   Komik Terbaik (Best Comic)
-          “44 Cinta”, Aku, Kau & Cinta antologi (Tembakau)

-   Pelukis Komik Terbaik (Best Comic Artist)
-          Sorrow Sympathy, Apo? #302 (Oren)


Tahniah buat para pemenang, semoga Anugerah ini menyemarakan persada komik tempatan dan menjadi satu semangat dalam para pengkarya, pekomik dan kartunis terus mnghasilkan komik yang terbaik dan bernilai tinggi.

Demi Komik Malaysia.

1 comment:

  1. Pelukis Komis Terbaik tu Sorrow Symphony rasa. Bukan Sympathy

    ReplyDelete