Saturday, March 19, 2011

Anugerah PeKOMIK 2011 kini di buka untuk pencalonan

Anugerah PeKOMIK 2011.

Ya! Anugerah yg mengangkat dan mengiktiraf para penggiat Komik tanahair kembali.
sekali lagi saya memohon maaf atas kelewatan kenyataan ini.
PeKOMIK masih lagi baru dan memerlukan banyak kerjasama dan tenaga kerja sukarela dalam menjayaka PeKOMIK dan anugerah prestij ini.
Di sebabkan kepincangan ini sedikit sebanyak mengganggu pergerakan kami.
oleh itu mari kita sama-sama menjayakan PeKOMIK dan Anugerah Pekomik ini.

Berikut adalah butiran mengenai Anugerah PeKOMIK ke-3, 2011.

Semua individu dan penerbit boleh menghantar penyertaan dan percalonan bagi setiap kategori yang di pertandingkan ( karya yang diterbitkan dari Januari - Disember 2010, sekurang-kurangnya di terbitkan dalam jangka masa 3 bulan sekiranya bersiri) .

Sesiapa sahaja juga boleh mencalon komik atau penggiat komik /kartunis dalam kategori berkenaan yang anda suka dan rasa layak untuk dipertandingkan. Semua pencalonan di terima. Setiap pencalonan ini pihak jawtankuasa Anugerah akan menilai dan memilih finalisnya.

Kategori- kategori yang di pertandingkan adalah:

1- Majalah Komik Terbaik (Best Comic Magazine)
. Sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.

2- Kartun Satu Muka Terbaik (Best One Page Cartoon).
Sila sertakan tajuk komik/ nama pengkarya dan isu/keluaran berkenaan.

3- Siri Mini Komik Terbaik (Best Comic Mini Series).
Sila sertakan tajuk komik , sinopsis, nama pengkarya dan isu/keluaran berkenaan.

4- Siri Komik Kartun Terbaik (Best Cartoon Comic Series). Sila sertakan tajuk komik, sinopsis, nama pengkarya dan isu/keluaran berkenaan.

5- Komik Strip SuratKhabar Terbaik (Best Comic Strip in News Paper).
Sila sertakan tajuk komik, sinopsis, nama pengkarya dan isu/keluaran berkenaan.

6- Anugerah Berus Emas PeKOMIK (Special PeKOMIK Award).
Sila beri cadangan untuk Penggiat Komik yang bergiat lama (lebih dari 15 tahun) dan menyumbang serta member impak terhadap persada komik tanahair.

7- Penerbit Terbaik (Best Publisher)


8- Penulis Terbaik (Best Writer)
: Sila sertakan tajuk komik, sinopsis, nama pengkarya dan isu/keluaran berkenaan.

9- Lukisan Kulit Muka Terbaik (Best Cover).
Sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.

10- Ilustrator manual/digital Terbaik (Best Illustrator (manual/digital).
Sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.
11- Pewarna Terbaik (Best Colourist). Sila sertakan tajuk komik dan isu/tarikh/keluaran berkenaan.


12- Komik Terbit sendiri/Amatur terbaik (self-publish/zine/doujin) (Best Self Publish/ Amateur Comic). Sila sertakan tajuk komik, sinopsis, nama pengkarya dan isu/keluaran berkenaan.

13- Pelukis komik antarabangsa/Pelukis komik online (International comic artist/online comic artist). Sila sertakan tajuk komik dan isu/tarikh/keluaran berkenaan.

14- Pelukis Komik Terbaik (Best Comic Artist):
Warna atau hitam putih. Sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.

15- Komik Terbaik (Best Comic). Sila sertakan tajuk komik, sinopsis, nama pengkarya dan isu/keluaran berkenaan.

16- Komik Baru Terbaik (Best New Comic).
Sila sertakan tajuk komik, sinopsis, nama pengkarya dan isu/keluaran berkenaan.

Pada mereka yang ingin mencalonkan komik atau penggiat komik(PeKOMIK) pilihan anda, boleh nyatakan di blog Pekomik, blog Anugerah peKOMIK atau email ke: blogpekomik@gmail.com

Syarat –syarat penyertaan adalah:
1) Karya- karya yg dicalonkan mesti diterbitkan dlm tahun ini (1 januari 2010 – 31 Disember 2010). Di terbit di Malaysia (kecuali kategori Komik Online/Antarabangsa), bagi karya yang lain dari Bahasa Melayu dan Inggeris, perlu sediakan terjemahan.
2) Setiap Pencalonan mesti mempunyai nama pegkarya, alamat surat menyurat, no. Telefon dan alamat email untuk pihak pengurusan menghubungi sekiranya karya yang di calonkan terpilih sebagai finalis.
3) Warganegara Malaysia.
4) Karya mestilah 100 peratus asli dan tak mengandungi unsur2 negatif (ganas keterlaluan, lucah, berunsur perkauman dan politik)
5) Setiap peserta hendaklah menghantar tiga naskah majalah/komik/buku/karya yang dicalonkan. Untuk kategori komik strip akhbar, sekurang- kurangnya 30 strip dan sinopsis dalam bentuk bercetak dan softcopy (300dpi, jpeg) Digalakkan memberi lebih kalau mampu.
5) Bagi penerbit/pengkarya yg dicalonkan karya/komik mereka sebagai finalis di kehendaki menghantar softcopy artwork dalam bentuk jpeg, 300 dpi untuk tujuan montaj, program book dan pameran Anugerah peKOMIK.
6) Setiap peserta hendaklah menghantar sinopsis bagi kategori komik terbaik, siri mini komik terbaik, siri komik kartun terbaik, komik strip akhbar terbaik, penulis terbaik, komik amatur terbaik, komik baru terbaik.
7) Publisher/pekomik(penggiat)/pengkarya boleh menghantar lebih dari satu percalonan untuk setiap kategori. (seelok-eloknya 5 percalonan terbaik).
8) Trofi dan pengiktiran akan di beri kepada pengkarya/individu yg terlibat bg komik yg di calonkan.

Syarat bg kategori komik amatur:
1) Hasil cerita (skrip) dan karektor-karektor dalam karya hendaklah yang asli. Jika menggunakan karektor yang memang sudah wujud (contoh : Cloud dari Final Fantasy atau Ryo dan Ken dari Street Fighter), ia adalah untuk jenaka dan parody semata-mata.
2) Komik.karya anda hendaklah diterbitkan sendiri pada tahun 2010.
3) Komik atau karya tidak boleh megandungi unsur-unsur yang boleh menyinggung perasaan sesetengah pihak seperti adegan lucah,keganasan yang keterlaluan,unsur politik dan perkauman.
4) Sila sertakan nama , alamat e-mail dan nombor telefon (sama ada telefon bimbit atau rumah).

Pemenang-pemenang akan diumumkan pada Kemuncak Anugerah PeKOMIK 2011 yang akan bermula dari pukul 2 petang pada 28 Mei, 2011 di Auditorium Besar, Perpustakaan Negara Malaysia. Kuala Lumpur.

Sila hantarkan penyertaan ke:
Anugerah PeKOMIK 2011
6, Jln Teres 8/1B
Seksyen 8, 40000 Shah Alam
Selangor.

Penyertaan adalah percuma!Setiap penyertaan dikehendaki menghantar tiga salinan/naskah komik hardcopy dan soft copy (format jpeg,300dpi) untuk tujuan montaj dan pameran.

Tarikh tutup penyertaan 20 April 2011.

Keterangan lanjut:
www.pekomik.blogspot.com
http://anugerahpekomik.blogspot.com
email: blogpekomik@gmail.com
Ruby: 016 3713072 - Hafidz Mahpar 019 2212569

Wednesday, March 16, 2011

Mesyuarat Agung PeKOMIK penggal ke-2, 2011-2012

Jemputan ke Mesyuarat Agung PeKOMIK ke-2 Penggal 2011-2012. 2 April 2011(Sabtu). 2-6pm. Perpustakaan Negara, KL. Jamuan di sediakan.

antara aktiviti: perancangan PeKOMIK 2011. Pemilihan exco baru penggal ke-2, 2011-2012.
Anugerah PeKOMIK 2011. kemuncaknya pada 28 Mei 2011, Auditorium Besar, Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur.

keterangan lanjut:
http://pekomik.blogspot.com/2011/03/mesyuarat-agung-pekomik-penggal-ke-2.html