Wednesday, February 29, 2012

Anugerah PeKOMIK 2012 di buka untuk pencalonan

Anugerah PeKOMIK 2012 kini di buka untuk pencalonan.
Anda buleh menamakan komik yang anda rasa layak untuk di calonkan.
Sama ada ada peminat, penerbit atau pengkarya..anda buleh namakan pencalonan anda.
anda boleh namakan pencalonan anda di blog ini atau di facebook pekomik:
http://www.facebook.com/pekomik
atau email ke blogpekomik@gmail.com
Berikut adalah kategori-kategori yang di calonkan:
16 KATEGORI di pertandingkan:
1- Majalah Komik Terbaik (Best Comic Magazine). Sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.
2- Kartun Satu Muka Terbaik (Best One Page Cartoon). Sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan
3- Siri Mini Komik Terbaik (Best Comic Mini Series). Sila sertakan tajuk komik , sinopsis, nama pengkarya dan isu/keluaran berkenaan
4- Siri Komik Kartun Terbaik (Best Cartoon Comic Series). Sila sertakan tajuk komik, sinopsis, nama pengkarya dan isu/keluaran berkenaan
5- Komik Strip SuratKhabar Terbaik (Best Comic Strip in News Paper). Sila sertakan tajuk komik, sinopsis, nama pengkarya dan isu/keluaran berkenaan.
6- Anugerah Berus Emas PeKOMIK (Special PeKOMIK Award)
7- Penerbit Terbaik (Best Publisher)
8- Penulis Terbaik (Best Writer): Sila sertakan tajuk komik, sinopsis, nama pengkarya dan isu/keluaran berkenaan.
9- Lukisan Kulit Muka Terbaik (Best Cover). Sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan
10- Ilustrator manual/digital Terbaik (Best Illustrator (manual/digital). Sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.
11- Pewarna Terbaik (Best Colourist). Sila sertakan tajuk komik dan isu/tarikh/keluaran berkenaan.
12- Komik Terbit sendiri/ Amatur terbaik (self-publish/zine/doujin) (Best Comic Zine/Amature comic). Sila sertakan tajuk komik, sinopsis, nama pengkarya dan isu/keluaran berkenaan.
13- Pelukis komik antarabangsa/Pelukis komik online (International comic artist/online comic artist). Sila sertakan tajuk komik dan isu/tarikh/keluaran berkenaan.
14- Pelukis Komik Terbaik (Best Comic Artist): Warna atau hitam putih. Sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.
15- Komik Terbaik (Best Comic). Sila sertakan tajuk komik, sinopsis, nama pengkarya dan isu/keluaran berkenaan.
**16- Komik Baru Terbaik (Best New Comic). Sila sertakan tajuk komik, sinopsis, nama pengkarya dan isu/keluaran berkenaan.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
1) Karya- karya yg dicalonkan mesti diterbitkan dlm tahun 2011 (1 januari 2011 – 31 Disember 2011). Di terbit di Malaysia (kecuali kategori Komik Online/Antarabangsa), bagi karya yang lain dari Bahasa Melayu dan Inggeris, perlu sediakan terjemahan.
2) Warganegara Malaysia.
3) Karya mestilah 100 peratus asli dan tak mengandungi unsure-unsur negatif (ganas keterlaluan, lucah, berunsur perkauman dan politik)
4) Setiap peserta hendaklah menghantar tiga naskah majalah/komik/buku/karya yang dicalonkan. Untuk kategori komik strip akhbar, sekurang- kurangnya 10 strip dan sinopsis dalam bentuk bercetak dan softcopy (300dpi, jpeg) Digalakkan memberi lebih kalau mampu.
5) Bagi penerbit/pengkarya yg dicalonkan karya/komik mereka sebagai finalis di kehendaki menghantar softcopy artwork dalam bentuk jpeg, 300 dpi untuk tujuan montaj, program book dan pameran Anugerah peKOMIK.
6) Setiap peserta hendaklah menghantar sinopsis bagi kategori komik terbaik, siri mini komik
terbaik, siri komik kartun terbaik, komik strip akhbar terbaik, penulis terbaik, komik amatur terbaik, komik baru terbaik.
7) Publisher/pekomik(penggiat)/pengkarya boleh menghantar lebih dari satu percalonan untuk setiap kategori. (seelok-eloknya 5 percalonan terbaik).
8) Trofi dan Sijil Pengiktirafan akan di beri kepada pengkarya/individu yang terlibat bagi komik yang di calonkan. ( melain kategori penerbit terbaik, Majalah komik terbaik,)
9) Setiap percalonan hendaklah disertakan dengan Borang Penyertaan.

SYARAT-SYARAT BAGI ** Kategori Komik Amatur/Terbit Sendiri:
1) Hasil cerita (skrip) dan karektor-karektor dalam karya hendaklah yang asli. Jika menggunakan karektor yang memang sudah wujud (contoh : Cloud dari Final Fantasy atau Ryo dan Ken dari Street Fighter), ia adalah untuk jenaka dan parody semata-mata.
2) Komik.karya anda hendaklah diterbitkan sendiri pada tahun 2011 (1 januari 2011 – 31 Disember 2011). Komik atau karya yang diterbit sendiri sebelum Januari 2011 tidak layak.
3) Komik atau karya tidak boleh megandungi unsur-unsur yang boleh menyinggung perasaan sesetengah pihak seperti adegan lucah,keganasan yang keterlaluan,unsur politik dan perkauman.
4) Peserta mesti menghantar tiga (3) salinan komik/karya hard copy dan soft copy ( jpeg. 300dpi) .
5) Sila sertakan nama , alamat e-mail dan nombor telefon (sama ada telefon bimbit atau rumah) bagi setiap pencalonan.
6) Bukti pos bukan bukti resit, dan keputusan hakim-hakim adalah muktamad
Para pemenang akan diumumkan pada Anugerah PeKOMIK 2012 (AP12) yang akan diadakan pada tarikh 20 Mei 2012, (AHAD) bertempat di Auditorium, Kolej Damansara Utama (KDU), Damansara Utama.
Atucara Majlis
11am – 1pm: PeKOMIK Forum “Style and Market on local comic”
Panel: Prof Muliyadi Mahmood, Dato Mohd Nor Khalid dan para editor komik yang akan di umumkan kelak.
2pm – 5pm: Kemuncak Anugerah PeKOMIK 2012.
Pameran Finalis Anugerah PeKOMIK 2012 akan di pamerkan di ruang legar Auditorium.

Sila hantar penyertaan ke:
Anugerah PeKOMIK 2012 (AP12),
E-5-4 east wing,
Subang Square Business Park,
Jln SS15/4, 47500 Subang Jaya,
Selangor
Penyertaan adalah PERCUMA! Setiap penyertaan dikehendaki menghantar 3 (Tiga) salinan/naskah komik serta hardcopy dan solf copy (format jpeg, 300 dpi) untuk tujuan montaj dan pameran.

Tarikh tutup penyertaan pada  13 April 2012 ( di lanjutkan)

Keterangan lanjut:
atau hubungi Urusetia AP12: En. Faizal Mukhtar  01116379927 dan En. Azhar Abdullah: 017-6052119.

Tuesday, February 28, 2012

Montaj Anugerah PeKOMIK 2010

Sempena Anugerah PeKOMIK ke-4, 2012.

Kami bawakan Montaj Anugerah PeKOMIK 2010 yang diadakan di PWTC, sempena PeKOMIKON 2010 di  Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010.

Jangan lupa Kemuncak Anugerah PeKOMIK 2012 di Auditorium KDU Universiti Kolej , 20 Mei ini.

Terima Kaseh buat Psychotek Studio kerana menaja dan menghasilkan montaj yang menarik ini.

Tuesday, February 14, 2012

Anugerah Pekomik 2012

Hope things are going well for this year! :D