Thursday, December 17, 2009

Anugerah PeKOMIK ke-2, 2010 kini di buka untuk percalonan


Buat kali ke-dua, demi memartabatkan persada seni komik tanah air dan mengiktiraf penggiat komik Malaysia , PeKOMIK (Persatuan Penggiat Komik Malaysia) telah menganjurkan satu anugerah prestij dalam meletakan seni Komik sebagai satu industri profesionalisme di Malaysia.

Semua individu dan penerbit boleh menghantar penyertaan dan percalonan bagi setiap kategori yang di pertandingkan ( karya yang diterbitkan dari Januari - Disember 2009, sekurang-kurangnya di terbitkan dalam jangka masa 3 bulan sekiranya bersiri)

Kategori- kategori yang di pertandingkan adalah:

1- Majalah Komik Terbaik (Best Comic Magazine). Sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.
2- Kartun Satu Muka Terbaik (Best One Page Cartoon). Sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan
3- Siri Mini Komik Terbaik (Best Comic Mini Series). Sila sertakan tajuk komik , sinopsis, nama pengkarya dan isu/keluaran berkenaan
4- Siri Komik Kartun Terbaik (Best Cartoon Comic Series). Sila sertakan tajuk komik, sinopsis, nama pengkarya dan isu/keluaran berkenaan
5- Komik Strip SuratKhabar Terbaik (Best Comic Strip in News Paper). Sila sertakan tajuk komik, sinopsis, nama pengkarya dan isu/keluaran berkenaan.
6- Anugerah Berus Emas PeKOMIK (Special PeKOMIK Award)
7- Penerbit Terbaik (Best Publisher)
8- Penulis Terbaik (Best Writer): Sila sertakan tajuk komik, sinopsis, nama pengkarya dan isu/keluaran berkenaan.
9- Lukisan Kulit Muka Terbaik (Best Cover). Sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan
10- Ilustrator manual/digital Terbaik (Best Illustrator (manual/digital)). Sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.
11- Pewarna Terbaik (Best Colourist). Sila sertakan tajuk komik dan isu/tarikh/keluaran berkenaan.
12- Komik Amatur terbaik (self-publish/zine/doujin) (Best Amateur Comic Artist). Sila sertakan tajuk komik, sinopsis, nama pengkarya dan isu/keluaran berkenaan.
13- Pelukis komik antarabangsa/Pelukis komik online (International comic artist/online comic artist). Sila sertakan tajuk komik dan isu/tarikh/keluaran berkenaan.
14- Pelukis Komik Terbaik (Best Comic Artist): Warna atau hitam putih. Sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.
15- Komik Terbaik (Best Comic). Sila sertakan tajuk komik, sinopsis, nama pengkarya dan isu/keluaran berkenaan.
16- Komik Baru Terbaik (Best New Comic). Sila sertakan tajuk komik, sinopsis, nama pengkarya dan isu/keluaran berkenaan.

Syarat –syarat penyertaan adalah:
1) Karya- karya yg dicalonkan mesti diterbitkan dlm tahun ini (1 januari 2009 – 31 Disember 2009). Di terbit di Malaysia (kecuali kategori Komik Online/Antarabangsa), bagi karya yang lain dari Bahasa Melayu dan Inggeris, perlu sediakan terjemahan.
2) Warganegara Malaysia.
3) Karya mestilah 100 peratus asli dan tak mengandungi unsur2 negatif (ganas keterlaluan, lucah, berunsur perkauman dan politik)
4) Setiap peserta hendaklah menghantar tiga naskah majalah/komik/buku/karya yang dicalonkan. Untuk kategori komik strip akhbar, sekurang- kurangnya 30 strip dan sinopsis dalam bentuk bercetak dan softcopy (300dpi, jpeg) Digalakkan memberi lebih kalau mampu.
5) Bagi penerbit/pengkarya yg dicalonkan karya/komik mereka sebagai finalis di kehendaki menghantar softcopy artwork dalam bentuk jpeg, 300 dpi untuk tujuan montaj, program book dan pameran Anugerah peKOMIK.
6) Setiap peserta hendaklah menghantar sinopsis bagi kategori komik terbaik, siri mini komik terbaik, siri komik kartun terbaik, komik strip akhbar terbaik, penulis terbaik, komik amatur terbaik, komik baru terbaik.
7) Publisher/pekomik(penggiat)/pengkarya boleh menghantar lebih dari satu percalonan untuk setiap kategori. (seelok-eloknya 5 percalonan terbaik).
8) Trofi dan pengiktiran akan di beri kepada pengkarya/individu yg terlibat bg komik yg di calonkan. ( melain kategori penerbit terbaik, Majalah komik terbaik,)
9) Setiap percalonan hendaklah disertakan dengan Borang Penyertaan.

Syarat bg kategori komik amatur:
1) Hasil cerita (skrip) dan karektor-karektor dalam karya hendaklah yang asli. Jika menggunakan karektor yang memang sudah wujud (contoh : Cloud dari Final Fantasy atau Ryo dan Ken dari Street Fighter), ia adalah untuk jenaka dan parody semata-mata.
2) Komik.karya anda hendaklah diterbitkan sendiri pada tahun ini. Komik atau karya yang diterbit sendiri sebelum Januari 2009 tidak layak.
3) Komik atau karya tidak boleh megandungi unsur-unsur yang boleh menyinggung perasaan sesetengah pihak seperti adegan lucah,keganasan yang keterlaluan,unsur politik dan perkauman.
4) Peserta mesti menghantar tiga (3) salinan komik/karya mereka kepada PeKOMIK sama ada di meja (booth) PeKOMIK di Comic Fiesta atau melalui alamat yang tertera di bawah.
5) Sila sertakan nama , alamat e-mail dan nombor telefon (sama ada telefon bimbit atau rumah).
6) Bukti pos bukan bukti resit, dan keputusan hakim-hakim adalah muktamad

Pemenang-pemenang akan diumumkan pada Anugerah PeKOMIK yang akan diadakan dari pukul 5 petang pada bulan Mac, 28 haribulan di Dewan Kedah Johor, PWTC.

Sila hantarkan penyertaan ke:
Anugerah PeKOMIK 2010
6, Jln Teres 8/1B
Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor.

Penyertaan adalah percuma!Setiap penyertaan dikehendaki menghantar tiga salinan/naskah komik hardcopy dan soft copy (format jpeg,300dpi) untuk tujuan montaj dan pameran.

Tarikh tutup penyertaan 30 Jan 2010.
Keterangan lanjut:
www.pekomik.blogspot.com . www. anugerahpekomik.blogspot.com
email: pekomikmalaysia@yahoo.com
Fieza 016 5877980 - Hafidz Mahpar 019 2212569

No comments:

Post a Comment