Thursday, March 11, 2010

juri PeKOMIK: Effendy 'Keisan' & Fauzi Naeim

maaf atas kelewatan update akan juri-juri berikutnya.

Effendy M Anuar (Keisan)

Seorang pelukis/illustrator graduan dan alumni Joe Kubert School of Cartoon Graphics,New York. Kini bertugas sebagai concept artist/visualiser di Big Beak Pictures dan juga pensyarah di One Academy dan tersenarai antara 'Noteable Young Malaysian Illustrators di Digital Malaya': Digital Malaya . seorang peminat komik tegar tak kira Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat pengalaman dan ilmunya dalam bidang seni komik bersama Joe Kubert School of Cartoon Graphic menjadikan seorang juri yang akan menilai kualiti seni komik bagi Anugerah PeKOMIK kali ini. untuk melihat karya-karya beliau sila ke: http://kei-san.deviantart.com/

Fauzi Naeim

At the tender age of 7, Fauzi Naeim was introduced to art and literature through comics. Was taught by his father that being an artist isn't that much, and was twisted innocently to the realm of architecture. He then pursued the craft of architecture to the UTM's doorstep, but failed beautifully and miserably after three years. Went into UiTM (Perak) for an artistic survey. Somehow, managed to gain Bachelor in Fine Art while living there. "Philosophy is Beautiful" said he. Soon, proceeded to Master in Art & Design (by research) at UiTM (Shah Alam). Researching comics and film art, no less. Currently engaged as a sadistic lecturer at UNIKL-MIIT

pengalaman dan ilmu dari seni komik, seni akademik, falsafah dan persembahan cerita menjadi elemen penting bagi aspek penilaian Anugerah PeKOMIK kali ini dan sebagai pensyarah, encik Fauzi akan menilai dalam aspek berikut.

dan seterusnya menghitung hari ke Kemuncak Anugerah PeKOMIK, 28 Mac ini, dewan Kedah Johor, PWTC, Kuala Lumpur.

masuk adalah percuma.

1 comment:

  1. Assalamualaikum pengikut Pekomik Malaysia semua.
    Industri komik Malaysia semakin berkembang seiring dengan teknologi digital. Idea cerita dan tema lebih universal. Ini sesuatu yang positif. Namun begitu wajarkah kita membiarkan karya-karya awal komik Malaysia tenggelam begitu sahaja? Hilang sejarah paling berharga untuk rujukan perkembangan sejarah komik Malaysia hingga kini. Bagi saya sebelum terlambat Pekomik perlu bertindak bagi mewujudkan muzium komik Malaysia. Lihat di Jepun, Cina, Amerika dan Hong Kong mereka ada sejarah perkembangan komik untuk dijadikan bahan penyelidikan,rujukan dan khazanah perlancongan negara mereka. Kita bukan sahaja memberi pengiktirafan kepada pelukis komik tetapi membuat dokumentasi komik di Malaysia. Bukankah menarik Mewujudkan sebuah Muzium Komik Malaysia yang menempatkan pekomik dan komik sejak zaman 40-an hingga kini. Jangan sudah terhantuk baru tengadah atau kera di huran disusui anak di rumah mati kelaparan. Kemana hilangnya Nik Nordin, Eral, Halim Teh, Nora, Sailawati, Rizalman, Mishar, Rodin, Rosden, Wahidi, S. Mohammad, Nasah, Budin, Yamin Daud, dan lain-lainnya hilang begitu sahaja. Mana Majalah Bambino, Anak Rusa Nani, Bujal, Fantasi, Rina, Salina, Teruna, Jelita, Murni dan lain-lain majalah yang pernah muncul awal 70-an hingga 90-an. Usul ini wajar dipanjangkan melalui Senator Dato' Jims Shamsuddin atau Dato' Seri Rais Yatim, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Perlancongan Malaysia. Perkara ini perlu disegerakan agar generasi muda dan peminat komik Malaysia kenal jati diri komik Malaysia. Selamat Maju jaya Komik Malaysia.

    ReplyDelete