Tuesday, April 28, 2009

Keputusan Anugerah PeKOMIK 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Pekomikon dan Anugerah Pekomik 2009 baru sahaja selesai dijalankan sepanjang hari Sabtu, 25 April 2009 ini seawal jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 8.30 malam tadi di Dewan Kedah/Johor, PWTC.

Sesi demonstrasi dan talk daripada artis-artis komik dan penerbit-penerbit komik berjalan dengan lancar. Begitu juga dengan acara kemuncak pada hari ini iaitu Anugerah Pekomik.

Sambutan yang diterima amat memberangsangkan. Dewan Kedah/Johor pada hari ini penuh sesak dengan kehadiran penggiat dan peminat komik seluruh negara. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran insan-insan penting industri komik tanah air iaitu Dato’ Mohd Nor Khalid (Lat), Prof Muliyadi Mahmood, Jaafar Taib dan Hasnol Hadi selaku wakil MDEC.

Artis-artis jemputan yang membuat persembahan menambahkan lagi keceriaan dan kemeriahan majlis ini. Kumpulan muzik indie Nuras mempersembahkan empat buah lagu. Manakala selebriti Raja Lawak Astro Syem pula membuat persembahan komedi dengan gayanya yang unik dan kreatif. Tidak ketinggalan selebriti Imuda turut menyampaikan nyanyian sketsa yang sarat dengan mesej-mesej murni sebagai persembahan penutup.

Penilain oleh para Juri: Dato' Mohd Nor Khalid (Lat), Prof Muliyadi, Jaafar Taib dan Hafidz Mahpar berdasarkan kriteria setiap kategori dan berlandaskan 'local content' komik beridentiti malaysia yang layak untuk mewakili Malaysia dalam mempertengahkan Komik bercorakkan Malaysia ke persada antarabangsa.

Majlis yang diacarakan oleh hos sensasi iaitu Vovin dan Wanzu, menyaksikan 15 anugerah disampaikan kepada para penggiat dan penerbit komik. Berikut adalah senarai pemenang bagi setiap kategori.

1 - Kartun Satu Muka Terbaik (Best Loose Cartoon) - Atuk - Ujang

2. Siri Komik Kartun Terbaik (Best Comic Series) - Juganah/Asalan - Kromosom/Dna

3. Komik SuratKhabar Terbaik (Best Comic in News Paper) - Seladang Tunggal - Zoy

4. Penerbit Terbaik (Best Publisher) - Gempak Starz

5. Lukisan Kulit Muka Terbaik (Best Cover) - Liga Pendekar - Aadi Salman

6. Ilustrator manual/digital Terbaik (Best Painted Artist) - Puppeter

7. Warnaan Terbaik (Best Colourist) - Siew

8. Kemasan Ink Terbaik (Best Inker) - Baba Chuah

9. Majalah Komik Terbaik (Best Comic Magazine) - Popcorn

10. Penulis Terbaik (Best Writer) - Liga Pendekar - Azhar Abdullah

11. Siri Mini Komik Terbaik (Best Comic Mini Series) - Orang Minyak, Gempak - Nizam Bachok

12. Komik Baru Terbaik (Best New Comic) - Liga Pendekar - Azhar Abdullah

13. PeKOMIK (Pelukis Komik)Terbaik (Best Comic Artist) - Azhar Abdullah

14. Anugerah Berus Emas PeKOMIK (Special PeKOMIK Award) - Nora Abdullah

15. Komik Terbaik (Best Comic) - Liga Pendekar - Azhar Abdullah

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Semoga anugerah yang diberikan menjadi pemangkin dan pembakar semangat bagi para artis menghasilkan lebih banyak karya komik yang berkualiti serta bermutu. Diharapkan industri komik tanah air akan semakin rancak dan meriah selepas ini.

2 comments:

  1. peh br isu 1 pop corn dh bleh mng

    ReplyDelete
  2. Hasil yang menang tu kasi la tunjuk kat blog ni.. Mana kita tahu, entah-ntah boh nama sesapa jer, saper tau..

    ReplyDelete